Saturday, 14 July 2012

Mereka akan ke negara kelahiran Andrei Arshavin!!!

Aku tanak label sesetengah budak2 batch ni yang buat rayuan dan berjaya mendapatkan tawaran sebagai "untung" instead of "deserved" sebab kalau aku label mcm tuh dikira aku kejam dan bersikap diskriminasi. Pada aku konsep kejayaan ni kira sama jer. takder beza pun. yang membezakan kita cumalah bagaimana kita meraikan kejayaan kita. Bersyukur atau tidak? itu tanda tanya yang harus kita kaji semula. dan tidak meragukan kesyukuran itulah yang membezakan konsep kejayaan kita sesama umat manusia.

Dikala lagu Ellie Goulding-Lights dimainkan oleh Samsung Galaxy Note aku, ilhamku semakin meruap tinggi untuk menulis mengenai kejayaan sesetgh pelajar SASER untuk melanjutkan pelajaran ke Russia! woot woot! Eh, tu bukan kampung mamat kat bawah ni ke???




Course apa yang mereka dapat untuk kesana? Sudah tentu lah Aviation Engineering, dah preparatory programme pun buat kat MIAT atau nama panjang nya Malaysian Institue of Aviation Technology dibawah tajaan MARA. Siapa mereka? Mereka yang layak merupakan rakan rakan saya yang sangat hebat. Tidak diragui mereka sudah mencuba sedaya upaya untuk mengharumkan nama SASER dan kejayaan manis ini sangat sesuai untuk kita raikan dengan ucapan ALHAMDULILLAH. Pada aku, kita tak boleh mempertikaikan kejayaan ini. Mereka, iaitu Abdul Mubarak, Heqal Othman, Aizat Thaqib dan Arif Zahri sngat berhak untuk mendapat tawaran yang sangat berharga. Aku tak sempat la nk temuramah bagai or whtsoever maybe sebab jadual kat INTEC ni pun padat mcm nak rarp. (alasan -.-) 

apapun sekalung tahniah dan syabas lah aku ucapkan kepada diorang. berapa tahun prep? aku dengar ade yang kata 4 thn....ade yang kata sethn jer tapi yang penting kat sini ialah pembelajaran BAHASA RUSSIA yang susah. depa suma kena blajaq huruf2 baru. blajaq menulis semula ahahaha tetapi pada aku itu merupakan sesuatu yang fun! pengalaman baru beb!


Apapun aku nak tau jgak apa yang bakal dipelajari oleh bebudak SASER kat sana. Macam mne jadual mereka? Packed mcm Milo Fuze ke? haha (lawak hambar). So tetiba msa on9 kat FB Barak captured satu gambar jadual dia. mak aih korang judge sendiri lah mcm keadaan nya.....

Klass bahasa mendominasi keseluruhan jadual!


Aku usyar, klas Fizik atau Maths takder lah banyak mana. Islamic studies lagi lah. tapi penting jugak tu. apapun priority kat sini ialah bahasa russia. korang pikir orang sana boleh speaking English ke hah? jauh sekali. Andrei Arshavin blaja english pun sebab nk masuk Arsenal :P

aku ade jgak blogwalking tgk2 ex senior MIAT yang pernah mengalami susah senang belajar bhs Rusia ni antara penulisan yang menarik perhatian aku :-  

Semester pertama, semester/ 4 bulan yang paling menyeksakan dalam hidup. Kejutan budaya belajar dengan lecturer2 Russia. Langsung tak sama dengan lecturer2 Malaysia. Hari-hari, kamilah yang pertama memenuhi blok administrasi. Staff2 Unikl MIAT baru sampai, kelas kami dah bermula. Itulah rutin harian kami. Berkenalan dengan nama-nama yang tak pernah kami dengar, Svetlana Goryacheva, Rustam Rishadavich, Anna Vladimirovna, semua nama-nama yang asing, janggal menyebutnya.




In fact today (14 july) is Itik's birthday!!! waaa aku rasa ni hadiah hari jadi yang bermakna la buat Itik ;)
С Днем Рождения!!!
So akhirul kalam kami dari batch conquixtador mengucapkan tahniah dan syabas kepada those yang akan ke Russia. Moga moga anda dilindungi ALLAH dan dipermudahkan segala urusan :))) insyallah amin.

Salam Conqu[IX]tador Penakluk Dunia.....спасибо







No comments:

Post a Comment