Sunday, 3 June 2012

Warkah Hariz Halid...untuk kita~

Asalamualaikum, this is the second entry for the segment "What they said" after the first one was presented by Abid Iqbal Choon . This time, "What they said" will reveal another presentation of advice about what we should do as we are stepping into a whole new world. I received this e-mail by our YDP BADAR Hariz Halid, without wasting any time, I present to you, one of the recipients of PETRONAS Oversea Scholarship with his advice and tips to avoid culture shock and having a tremendous lifestyle, from Batu Pahat, Hariz Halid.  





Ydp BADAR.
"Kita ini adalah orang yang paling hina lalu ALLAH memuliakan kita dengan Islam. Kalau saja kita mencari kemuliaan selain daripada Islam maka ALLAH akan menghinakan kita lagi." Kata Saidina Umar sewaktu menawan BaitulMaqdis.


Tiada jaminan kejayaan sebenar dalam kehidupan ini melainkan dengan agama yang diredhai ALLAH, iaitu Islam. Disini kita dapat lihat bahawa dengan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar, berpandukan Al-Quran dan As-sunnah, akhlak yang baik dan peribadi yang mulia akan terpancar dalam diri seseorang itu...."Agama ialah akhlak yang baik"..demikian komen seorang muallaf, "Saya sangat bersyukur kerana mengenali Islam sebelum mengenali Muslim"


Menimbulkan tanda tanya kepada kita betapa Islam itu hanya sekadar nama, ibadah pula sebagai ritual semata mata dan tiada penghayatan...inilah Kembara Ilmu kita yang disulami dengan sifat takut kepada ALLAH...demi mencari hidayah-NYA dan memahami erti kehidupan yang sebenarnya...(jihad menuntut ilmu)

bersama penerima biasiswa petronas(saser) yang lain..dia di tgh.


Jagalah dan amalkanlah pesanan ini :-

Solat- Solat berjemaah asas kekuatan dalaman


Al-Quran- Baca setiap kali selepas solat sekurang kurangnya 1 m/s

Zikrullah- (istighfar, tasbih, tahmid, takbir) tanpa zikir kehidupan menjadi sempit dan tidak tenang

Ibu Bapa- Keredhaan mereka amat penting, menjaga perhubungan, doakan mereka setiap kali lepas solat, setiap masa, Menurut Imam Ghazali, minimum seseorang istu perlu mendoakan ibu bapanya 5 kali, dikira derhaka anaknya yg tidakmendoakan mereka.

Doa- Menjelaskan secara terperinci masalah dan permintaan kamu kepada Allah-melahirkan rasa Raja' (pengharapan)

Jauhi Maksiat- Ilmu itu tidak boleh bersatu dengan maksiat, menghalang kita memahami sesuatu perkara dengan mudah

Sesama Manusia- Teguhkan ukhuwah sesama manusia, bantu dan sayangi mereka

Jauhi Lagha- Hiburan itu dibolehkan dalam agama tetapi syariat itu perlu dipertahankan, Haram sekiranya kita lalai daripada mengerjakan solat dan meninggalkannya dengan sengaja (booking nama di pintu neraka Nauzubillah)

Aurat- tidak menjaga aurat merupakan dosa yang kecil tetapi JAGA JAGA DOSA YANG KECIL AKAN BERPADU MENJADI DOSA YANG BESAR.


Akhirul Kalam,

Formula kehidupan ini sangat mudah, "peliharalah hak ALLAH, nescaya ALLAH akan memelihara hakmu" dimana sekalipun kita berada, ingatlah bahawa kita masih lagi menikmati rezeki TUHAN dan dibumbungi dengan langit TUHAN, wajiblah bagi kita menyempurnakan segala perintah ALLAH. Jangan pernah melupakan ALLAH. Sekiranya kita seorang yang taat dalam agama kebaikan itu adalah untuk kita sendiri dan begitulah sebaliknya. ALLAH tidak pernah rugi pun, tidak hilang sedikitpun keagunganNYA sekira hamba2NYA tidak taat. Kita akan disoal tentang masa yang diluangkan semasa didunia ini. Maka rugilah mereka uang mengutamakan dunia berbanding akhirat.......

Never lose hope, Conqu[IX]tadorians...ALLAH will always by yourside, insyallah~



Yang Ikhlas,

Hariz Halid


No comments:

Post a Comment