UiTM Puncak Alam
Pusat ASASI
Kejuruteraan dan Sains
Kolej Kediaman Angsana
8 JUN 2012
Assalamualaikum,
Mungkin sudah lambat bagi kami untuk memberikan sedikit coretan memandangkan sudah hampir 2 atau 3 minggu (by the time u read this letter) mungkin juga ada yang sudah meninggalkan Malaysia bagi meneruskan nadi perjuangan kita sebagai penakluk dunia. Alhamdulillah, kami di sini selesa dan sihat sejahtera sahaja. Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit sebanyak pengalaman kami dan apa sahaja yang kami ingin kongsikan bersama di UiTM Puncak Alam (PALAM) kepada anda semua sebagai Conqu[IX]tador.
Kami baru sahaja selesai MDS yakni Minggu Destini Siswa. Ia merangkumi 5 hari penuh dengan aktiviti yang sukar untuk kami lupakan.
Hari pertama adalah pendaftaran wave pertama. iaitu kemasukan pertama untuk first intake. hari ini juga kami diberikan beberapa taklimat mengenai kolej kediaman, blok blok akademik dan prasarana di sini. setiapa maghrib dan subuh pula akan diadakan kuliah keagamaan. Jadi segalanya seperti sudah biasa kami lalui ketika di SASER dahulu. Cuma yang berbezanya, setiap subuh tiada lagi Jalaluddin Zaiki yang mengejut kami dengan VIBRANT! haha
Hari kedua barulah semuanya bermula, kami diberi pelbagai aktiviti dan taklimat. Sememangnya aktiviti secara berkumpulan harus diakui ianya agak keanak anakkan akan tetapi, ianya adalah kali terakhir kami akan menjadi sedemikian kerana selepas itu......perjuangan kami bermula lalu kami tidak mampu lagi untuk berpatah balik ke masa lampau dan menjadi sambil lewa. Kami akan terus maju kehadapan dengan matang ;)
Hari ketiga ialah hari dimana kami menerima taklimat lagi mengenai akademik. Hari keempat kami menerima taklimat mengenai Hal Ehwal Pelajar dan keselamatan. Hari kelima? penutup dan aktiviti kebudayaan oh yeah!
Baiklah, tanpa melengahkan masa, kami akan menunjukkan sebahagian gambar-gambar yang menceritakan apa yang terdapat di PALAM. Kerana satu gambar boleh memberikan 1001 cerita kan?
Untuk membawa alatan elektrik(kalau remaja yg paling asas ialah charger H/P dan charger Lappy) kita kena daftar. bayar 10 ringgit untuk pendaftaran, kemudian dapatlah sticker. kalau tak tampal, kantoi then kena rampas.
Mari kita terus kan dengan cafe, cafe ini terletak berhampiran dengan kolej kediaman perempuan :3 besar? Ia agak spacious! disini juga lokasi pendaftaran kami. Selain itu juga kami banyak melaksanakan aktiviti berkumpulan di sini.
Ini pula suasana cafe di dalam.
Ini pula pemandangan kearah kampus utama
Sebahagian besar kawasan Kampus masih lagi dalam pembikinan. Maklumlah, kampus PALAM ni merupakan kampus baru jadi sebahagian besar prasarana masih lagi selesa di guna dan baru serta futuristik. Di atas merupakan kawasan akademik. Bercakap mengenai futuristik, penghubungan antara kolej kediaman dan kawasan akademik serta pentadbiran ialah tangga! Lihat seni bina nya!
total up the stairs.....284 la der! Jadi sekiranya kami turun kebawah untuk ke kampus tiba tiba sahaja kami lupa sesuatu. nak naik balik? oh my awesomeness!
seterusnya ialah mengenai lecture room, kami mungkin sudah terbiasa dengan lecture room in SASER so it's ok yg membezakan ialah terdapat kaum wanita sahaja la. hehe
kemudian prasarana diluar PALAM. untuk ke dunia luar, rapid KL hanya mampu menghubungkan kami ke Shah Alam sahaja naik lah bas U90. 1 jam perjalanan yang memenatkan, belum ditambah lagi dengan perjalanan ke Kuala Lumpur lagi. Kami seakan akan terperuk di dalam dunia rimba. Kalau dah dunia rimba, keadaan pagi mesti mcm dalam filem Twilight......tak percaya?
ini pula satu satunya penghubung kami ke Shah Alam. U90.....
Pasar malam? huhu disini setiap hari sabtu dan rabu rasanya, di sini ade McD tapi pesan Umi Salhalida kita kena boikot huhu save Palestin! then ade Econsave, sedikit ok untuk membeli barang keperluan asas.
pasar malam --'
Nightlife? hmmm
pemandangan asrama :D
Setakat itu sahaja la coretan dari kami, oh kelas hampir bermula, jumpa lagi nanti ya! moga moga ukhuwah kita berkekalan.
Salam, Conqu[IX]tador penakluk dunia~
dari kami....
Nobita
Pedot
Hyrul
Nazeem
p/s : gambar kami diambil oleh sang blogger, kami mmg tak dpt pergi KL, jauh sangat...Shah Alam je, but Shah Alam was totally awesome!
thanks saddiq bawak kitaorg jln2 shah alam :)))
No comments:
Post a Comment