Friday, 25 May 2012

Bukan masuk bakul angkat sendiri part II

Asalamualaikum, selesai je solat jumaat aku igt nak lunch. skali waloweyh! gua puasa bro! lupa nasib baik aku tak teguk lagi air kat peti sejuk tuh huhuhu.

So masa lunch aku ganti la ngan sambungan babak kedua bagi post Bukan masuk bakul angkat sendiri. Ok aku ingat nak buat video aku berhujah menyangkal kenyataan poyo tehadap satu batch tapi takkan aku nak masuk youtube lagi kot? takkan aku nak pi buat mcm ni lagi kot?




Korang pun mesti menyampah kan kalau asyik2 muka ni je masuk Youtube? so aku just decide untuk berhujah melalui blog.


Saya pada mulanya sekali ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca pembaca tidak terkecuali dari mana anda datang atau siapa pun anda tidak kira anda ini sang penakluk yang menyokong tindakan saya, atau mungkin pengkritik dari dalam atau pun luar sekolah yang membaca blog ini dan memberikan komen2. Cuma apa yang saya suka untuk ingatkan bahawa kita sudah ade page Salam Conqu[ix]tador Penakluk Dunia di laman Facebook. Jadi, apa kata kalau anda like saja lalu tinggalkan feedback anda mengenai blog ini disitu. kalau tidak mahu menyusahkan diri, silalah tggalkan cmnt anda disini yakni di blog yang serba kekurangan ini.

Syukur alhamdulillah sambutan terhadap blog ini nyata luar biasa kerana hanya 2 minggu masa berlalu, angka view sudah mencapai 4 angka menandakan ramai yang mengambil tahu mengenai blog ini. Walaubagaimanapun saya terkejut setelah saya menerima satu tweet di laman Twitter yang mengatakan bahawasanya ada yang melabel elemen poyo kepada batch Conquixtador secara umum. Sedangkan sudah jelas ini bukan blog rasmi conquixtador.

Bukti yang jelas dapat kita saksikan disini mengenai ini bukan blog rasmi Conquixtador secara umum terletak pada tajuk blog ini sendiri. Salam Conqu[ix]tador Penakluk Dunia.


Jika kita pisahkan kata kata di dalam ayat tersebut:-

Salam= Subjek
 Conqu[ix]tador Penakluk Dunia= predikat

jika kita asingkan predikat:-


 Conqu[ix]tador= kata nama khas
Penakluk Dunia= kata nama am yang bertindak sebagai kata adjektif yakni yang menakluk.

apa yang saya ingin sampaikan disini ialah ayat yang ada pada tajuk blog itu ialah ayat memberi salam. jika kita konkritkan seluruh blog ini kepada diri saya dan tajuk blog ini ialah apa yang saya cakapkan....beerti saya memberi salam kepada kawan2 saya yang dikenali sebagai conquixtador, beerti ini tugas individu. bukan satu batch yang buat blog ni lalu masuk bakul angkat sendiri. dengan ni, jelaslah bahawasanya dengan melabel satu batch yang poyo adalah tidak relevan. maaf.

saya simpulkan dengan mudah...tgk gambar bwh ni.



Saya tegaskan lagi disini maksud disebalik nama blog ni, adalah seseorang yang terasing dari satu kelompok bernama conquixtador memberi salam kepada semua conquixtador. sekiranya ini blog conquixtador secara am, maka tajuknya harus diubah kerna kesilapan logik akal yang sah. sekira nya ini blog conquixtador. nak bagi salam kepada conquixtador secara amnya? tak ke pelik satu batch..jerit kuat2 depand cermin nak bagi salam untuk greeting? kalau nak raptai choral speaking hari guru boleh terima juga. =.="

selain daripada saya yang menggunakan ayat memberi salam kepada kawan2 satu batch, ayat memberi salam ini sebenarnya dimulakan oleh Ketua Pelajar kami sendiri.

dia bagi salam kat kita lah :D

Nampak jelas bahawa ini bukan blog milik conquixtador secara keseluruhan dan ianya hanya tribute semata mata untuk kawan kawan, kalau ade kwn2 conquix mahu menyumbang buah fikiran, boleh itu pun dengan menghantar email kepada saya. bukan sewenang wenangnya log masuk dan menaip sesuka hati.

Poyo juga boleh dikira sebagai mengejek atau memprovokasi kan pihak lain tapi ade ke saya provoke? saya tak nampak pun saya cerita mengenai pihak luar....oh ya! mungkin ketika post "Kenapa buat blog ni" saya ade mention Kaiser The Title Prowlers, adakah itu satu ejekkan? bukan! malah saya memberi satu nama yang mengerunkan pihak lawan! satu nama yang menjadikan orang lain hormati pihak tersebut! satu nama yang menjadikan pihak itu satu kuasa yang perlu kita hati hati dengan potensi nya! saya tak nampak dimana ejekan saya terhadap mereka? bukan nya saya letak nama Kaiser The Title Stealer, atau mungkin Kaiser The asdfghjkl. Nama yang saya berikan ialah sesuatu yang positif. Saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi disini untuk mengucapkan tahniah kepada mereka dan selamat maju jaya kepada mereka ;) you rock Kaisers!<---aku tak bodek yea haha



Jadi jelas saya hormati setiap pihak dan ya betul kita akan bersaing tetapi kan lebih elok dengan persaingan yang sihat? betul bukan?
 Ya saya rasa jelas mengenai apa yang perlu saya lakukan, nama blog sudah berubah kepada nama darurat iaitu Mencari Sinar Kebangkitan jadi saya menerima beberapa feedback untuk terus menggunakan nama yang lama. saya akan mempertimbangkan untuk menukar semula nama blog ini.

oh ya, kalau kita baca al-Quran surah Al hujurat ayat 12 bermaksud :-

whai org beriman! jauhila kbnyakan prasangka, ssungguhnye kbanyakkan dr prasangka itu adalah dosa. dan jgnlah sbhagian dr kmu ngumpat sbhagian yg laen. apakah kamu suka mkan dging saudara yg sudah mati? maka, tntu kamu rase jijik kdapadanye. dan btaqwalah kpada Allah. ssungguhnya Allah itu Maha Penerima Tobat dan lagi Maha Mengasihani.


-thanks nakep bg idea.


saya ingin menyeru kepada semua pihak baik pengkritik mahupun kawan2 saya sendiri.


wahai pengkritik, segala apa yang telah disampaikan telah ku sangkal, bukan beerti segalanya hanya sekadar hampas kelapa yang ku buang, tetapi ada juga yang bisa menjadi santan untuk ku guna dimasa akan dtg. terima kasih, tanpa anda mungkin juga kita tidak bisa memperbaiki diri kita tetapi ketahuilah apa yang saya cuma lakukan disini ialah bagi meniupkan semangat kepada rakan rakan saya bukan nak poyo bukan nak capub bukan nak bajet. jadi hentikanlah prasangka2 buruk mengenai page ini.

wahai sahabat sahabat ku, jangan anda menjadi lemah dan terus mengaku kalah dengan sekali ejekan, jangan anda menjadi marah dan hilang sabar dengan sekali tuduhan, sedangkan banyak lagi caranya kita mendapatkan jalan keluar, ketahuilah ni juga satu ujian untuk kita saling bersatu.


SEKIAN~ Salam Conqu[IX]tador Penakluk Dunia


Part terakhir menyusul :)

No comments:

Post a Comment