Friday, 25 May 2012

Bukan masuk bakul angkat sendiri : The Finale

Tersebutlah sebuah al kisah Luqman Hakim yang mengembara bersama sama anaknya dan juga seekor keldai melalui sebuah kampung ditika itu anaknya menunggang keldai manakala Luqman hanya menarik keldai nya sahaja (Kira mcm mengemudi la jgak, tarik keldai tu ikut lane yang sepatutnya)


Arakian (aku main hentam je penggunaan nya) ade sekumpulan orang kampung yang menegur

"Woi, apakah anak itu kurang ajar membiarkan bapanya berjalan sedangkan dia bersenang lenang?" Anak Luqman Hakim berkata kepada bapanya untuk menukar tempat dia rasa tidak senang dengan teguran seperti itu berulang ulang.

Hatta, Luqman Hakim lantas menaiki keldai itu sedangkan anaknya berjalan megemudi keldai itu. Lalu sekali lagi perbuatan itu menjadi kutukan orang kampung kini terhadap Luqman Hakim pula.

"Kejam sungguh seorang bapa membiarkan anaknya berjalan penat sedangkan dia pula bersenang lenang" Luqman Hakim yang tidak selesa dengan sahutan suara suara jelik(jahat in indon) itu menyuruh anaknya naik sekali keldai itu berdua. Selepas itu mereka di panggil anak beranak yang kejam terhadap binatang pula, menyeksa keldai yang sedang penat.

Lantas dengan itu mereka turun kebawah dan berjalan kaki bersama sama. tiba di hujung kampung pula mereka ditegur lagi.

"Eh mari lihat, seekor keldai dan pengembara pengembara yang tidak menunggang diatasnya. Bukankah ia kelihatan pelik?"

Sebelum Luqman Hakim bagi moral of story biaq aku menyampuk kjap. len kali bwak 2 ekor sorang seekor :P

haha Apapun ini la yang kita kata bahawasanya, mulut manusia ni ada2 je, Luqman Hakim berpesan kepada anaknya begitulah manusia yang tidak habis habis mencari kelemahan kita, jangan lah engkau menjadi seperti mereka dan mengikut telunjuk mereka! anak dia tanya abis asal bapak ikut diorang plak td. simple

"Supaya engkau mengerti, sebab kenpa tiada gunanya mengikut telunjuk mereka"
-majalah islami aku lupa namanya apa kebetulan aku igt citer ni sampai skang (solusi tak wujud lg time ni)




Same case la ngan isu kali ni apapun yang orang kata aku kena rileks, bukan shj aku bahkan kawan2 sekali jangan risau apa yang orang lain kritik atau label kita. dan saya akan kekalkan nama Salam, Conqu[ix]tador Penakluk Dunia.

So apa konklusi terhadap kisah blog ini? Pabila orang lain melabel kita poyo?

Mentality mereka yang harus diubah FULL STOP

No comments:

Post a Comment