Thursday, 14 March 2013

Dimana Diri Kita Sekarang?

Assalamualaikum wbt.

sekembalinya kita ke blog Conquixtador yang gah meskipun berhabuk, berlumut dan bersawang tanpa sebarang berita. Ahamdulillah, harini ALLAH berikan aku masa sedikit untuk mencurahkan segala buah fikiran didalam kepala ini kepada kita semua.



sudah tentu selepas pemergian Aiman Azlan dan Anas Syahmi ke Tennessee bagi meneruskan perjuangan mereka. Giliran Izwan Izani dan rakan rakan kita yang lain pula mengibarkan bendera "Biru-Kuning-Hijau" di Mesir bumi Anbiya. Mereka menawan Alexandria, Tanta, dan Mansoura. Ke barat, ke negara teluk, kini menginjak ke negara mentari terbit, Nazmeen Borhan. Semuanya itu! Bersama sama dengan niat yang menggunung tggi sebelum berlepas......

aku ingin berjihad
aku ingin mengharumkan nama keluarga ku
guru guru ku dan rakan rakan ku
akan ku berjanji
mengibar panji gemilang ini hingga akhir
tanpa mengalah.

Sesungguhnya, penaklukan kita bukan berniat untuk menunjukkan kita kuat atau mampu berkuasa di empat penjuru dunia, tetapi menunjukan ini perjuangan kita, yang kita berhak hadapi, tanpa menoleh, tanpa bangun menghentikan impian. namun, langkah pertama dengan semangat pasti.......derapan dan hentakan kaki diawal langkah gagal untuk berkekalan. Mengapa langkah kita semakin lumpuh? disuntik lalai dan nafsu......

dimana diri kita sekarang? kalau di PMR dahulu...

"weyh. aku akan mulakan hidup baru di SASER. aku nak berubah, aku pergi ni nak jihad......akan aku berjuang tanpa henti"

namun....kita longlai tersandar di "bangku selesa". kita menjadi tersangat yakin, 

"kalau aku mampu masuk SASER, mesti aku mampu score weyh" itulah ayat yang kita tidak mahu mengulanginya lagi. bila kita dikejutkan dengan keputusan yang tidak diharapkan.....penyesalan dan rungutan mengapa kita bertutur seperti itu menari di bibir kita.

kini di institusi pengajian masing2...."kalau aku dapat masuk sini....takyah laaa nak risau..aku yakin, kalau kita mesti boleh nyer lah score" kita ulang lagi tutur tutur itu......

kini dimana kita? adakah kita masih dengan niat diawal langkah, atau langkah langkah itu dimati kan dengan tutur2 keyakinan terlampau? bukan niat saya utk menuding jari. ini sekadar peringatan. 

so, msing2 betulkan niat..... kalau masih kekal dengan niat itu..teruskan...ingat Allah....maka berjuanglah dengan kekuatan yang diberi oleh Nya. kekalkan semangat seperti kita berada dihari pertama kita disini....di medan pertempuran ini...

saya mengambil kesempatan utk semua pelajar ASASI dan MATRIK....anda akan menghadapi ujian besar tidak lama lagi...kami Conquixtador akan mendoakan agar segala nya dipermudahkan Allah....4.00 insyallah, moga dipermudahkan usahanya dengan berkat....

kepada Nazmeen di negeri mentari terbit.....

belajar lah dengan ikhlas, kuatkan semangat...meskipun hanya anda seorang sahaja conquista disana...kami tetap menemani anda dengan doa agar anda selamat ;)







kepada Izwan dan rakan rakan di Bumi Anbiya', maaf lambat wish.....agak sibuk kebelakngan ini

moga keberkatan belajar di bumi anbiya memberikan anda kemudahan menjalani kehidupan disana....



Awat gambaq naquib banyak naaa HAHA kbye




dan akhir sekali kepada semua kawan2 ku....

perjuangan ini belum selesai...ayuh kibarkan panji panji sutera dengan semangat, tanpa pudar.....jangan kita lalai...dimana kita sekarang? sedarlah bangkitlah dan berjuang kembali! ini peluang kita. jangan kita persia.....


2 comments: