Sunday, 20 May 2012

Kenapa buat Blog ni?

Alhamdulillah, nampaknya ALLAH masih lagi mencurahkan kepada ku inspirasi dan buah fikiran untuk terus menulis bagai air yang mengalir di sungai. Hari ni aku dah buat temuramah dengan sahabat aku yang paling sangat sungguh berjasa pada aku. (tu dia hancur tatabahasa aku haha). Nama dia Ali Imran Alias. Banyak juga apa yang diceritakan kepada aku tentang apa yang bakal dia lalui, tapi bila aku mintak izin nak post conversation kita pada umum. dia agak keberatan untuk let it go lah.

"hahah i m not secretive la, im not the type of person that love to show off. when the time come for me to show who i am , then i will move forward to tell all of u. hahaha"


Sebagai tanda hormat aku kepada member yang banyak berjasa kepada aku, so aku buat plan B untuk entry ke-3 ni.

Kenapa buat Blog ni?
Itu soalan yang popular pada aku, meskipun dah tertera kat "Perihal Sang Penakluk" tapi masih ada juga yang menanyakan soalan seperti ini. yang agak best, aku seakan2 ditemuramah oleh cousin aku plak. dia agak membidas tapi ikuti la soal jawab ni (versi bahasa melayu yg sopan lagi professional )


Jadi dari mana dapat idea untuk membuat blog ini?
Alhamdulillah, ilham itu datang ketika saya melihat trend pelajar pelajar SASER generasi ke-9 banyak mengunakan ayat seperti itu yang dicipta oleh ketua pelajar SASER 2011. Jadi siknifikan kepada penggunaan ayat tersebut memberikan idea jika kita menggunakan blog ini untuk mengikuti peerkembangan pelajar pelajar Batch ke-9 dalam merealisasikan kata-kata ketua pelajar kita iaitu menakluk dunia.

Apa tak segankah sekiranya anda yang melebih lebih menulis tentang mereka yang layak ke luar negara sedangkan anda yang mungkin sahaja tidak layak dan hanya terkandas di sini terus dengan sikap yang tidak realitis membanggakan kejayaan orang lain berbanding diri sendiri?
<Senyum> Segan itu ada, tapi saya kagum dengan mereka sebab itu saya menulis mengenai mereka. Mereka kawan-kawan saya sudah tentu saya banggakan mereka. Tipulah kalau anda kata saya tidak bangga dengan diri saya sendiri. Sekiranya saya hanya terkandas disini dan tidak mampu menyertai mereka untuk menakluk, saya tetap bangga untuk meneruskan perjuangan disini. Saya juga bangga dengan diri saya. dan INSYALLAH saya akan tetap menulis tentang mereka. Kerana dari situ juga datang semangat saya untuk cuba lagi dan berusaha menyertai mereka dalam masa yang akan datang.




Bagaimana dengan rakan rakan yang lain? Takkanlah anda mahu pinggirkan mereka yang tidak mampu untuk layak ke luar negara?
Terlalu awal untuk anda berfikir sedemikian rupa, baru post ke-2 muncul semalam, tidak semestinya saya akan melakukan sebegitu. Kejayaan datang dalam pelbagai perkara, kalau menyambung pelajaran ke dalam negara pun dikira sebagai kejayaan juga. Malah saya tertarik dengan Syam Arman dan kisahnya untuk mendapat biasiswa Yayasan Tenaga Nasional untuk belajar di UNITEN meskipun gagal melayakkan diri ke IPTA. Ia satu kisah yang menarik untuk didengari. INSYALLAH jika ada kelapangan saya akan mendapatkan dia.

Apakah prospek terhadap Conqu[IX]tador oleh orang luar terutamanya dari SBP/MRSM lain masih positif kerana mereka mungkin boleh memandang ringan dengan kemampuan kamu semua setelah Conqu[IX]tador lah yang menjatuhkan SASER?
Ya mungkin mereka akan memandang remeh tentang kemampuan kita setelah kegagalan kita mengekalkan rentak, tapi harus diingat, SPM bukan segalanya. fasa kehidupan baru sahaja menjadi semakin rancak, kita boleh mencipta sebuah kebangkitan yang tidak mungkin mudah untuk dilupakan.

Adakah itu satu amaran kepada Kaiser The Title Prowler khususnya?
Secara mesranya, ya. Tapi sejujurnya saya malas untuk memikirkan tentang mereka, biarlah mereka dengan kejayaan mereka. Kejayaan adalah untuk dirai. -Why not if you celebrate your victory? If you don't want to celebrate it, There must be a problem with you (Kenny Dalglish)-


Apa perancangan anda untuk blog ini? 
Blog ini masih baru, jadi terlalu banyak untuk diberitahu tentang rancangan saya.


Kata-kata terakhir?
Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya mendapatkan Biasiswa Nasional, Busary, Petronas, Yayasan Tenaga Nasional(local and overseas) dan yang terbaru MARA (dalam negara).

Semoga berjaya, jangan menoleh dan teruskan maju kehadapan. Kepada yang gagal, ini bukan satu kegagalan tetapi satu usaha yakni proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik. Kepada yang baru atau akan mendaftar IPTA/Matrik/Form6. semoga berjaya. Oh tidak dilupakan juga, semoga berjaya kepada pemohon2 biasiswa JPA dan MARA ke luar negara. :)

Jangan Give Up, ingat hutang kita untuk cikgu2 SASER belum langsai lagi sehingga kita menggenggam sebuah kejayaan. Oh jangan lupa buat yang terbaik untuk keluarga kita juga. mereka sayangkan anda. buat yang terbaik. ;)



~TAMAT~


No comments:

Post a Comment